Thursday, January 16, 2014

Unlock Proton Lokatoo A903 to Install Papago


Salam,

Proton membekalkan GPS mudah alih, Lokatoo A903 sebagai assesori tambahan kepada penjualan kenderaan mereka. Tetapi kebanyakkan pengguna Lokatoo berasa kurang puas hati dengan info peta digital original yang dibekalkan . Peta digital yang mereka bekalkan adalah sangat tidak lengkap untuk dibandingkan dengan peta digital yang dibekalkan oleh forum-forum bebas seperti Malaysia & Asean Free GPS Forum (MFM) dan Malsingmaps .

Saya percaya ramai pemilik GPS Proton Lokatoo A903 masih lagi tercari-cari bagaimanakah caranya untuk men'install' program GPS yang lain ke dalam Lokatoo A903 supaya mereka dapat menggunakan peta yang lengkap dari forum-forum yang dinyatakan di atas.

Untuk makluman anda, Lokatoo A903 menggunakan platform Windows CE 6. Ia adalah sejenis operating system untuk PDA dan Pocket PC. Jadi, anda boleh men'install' pelbagai aplikasi di dalam Lokatoo A903 anda.

Di sini, saya akan menyampaikan cara untuk men'install' software Papago X3 ke dalam Lokatoo A903 anda.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut

1. Sambungkan GPS anda ke komputer melalui kabel USB
2. Buat satu backup untuk folder "Guider" yang berada di dalam kad SD. (Copy folder tersebut dan paste kan ke directory "Desktop".
3. Muat turun software Papago X3. Boleh di buat di sini
4. File Papago X3 itu adalah dalam bentuk RAR. Untuk extract file tersebut, anda perlu ada WinRAR dan boleh di muat turun di sini.
5. Setelah di "extract", copy kesemua kandungan file "PaPaGO" dan paste kan ke dalam folder "Guider" yang berada dalam kad SD Lokatoo anda.
6. Buka folder "Guider" tersebut dan delete file "dp_Guider.exe"
7. Di dalam folder yang sama, cari file "Navi74800.exe" dan tukarkan nama file tersebut ke "dp_Guider.exe"
8. Setelah selesai kesemua langkah di atas, cabut sambungan USB dan cuba ON Lokatoo A903 anda.
9. Di muka hadapan A903, tap 2 kali di atas icon "Navigation". Selepas beberapa saat, Papago X3 akan dibuka.
10. Anda boleh muat turun peta Papago terbaru di Malfreemaps.
11. Anda juga boleh muat POI R&B Homestay di sini untuk memudahkan anda mencari tempat tinggal yang selesa ketika bercuti di Lost World of Tambun.


(Bagi yang ingin mengubahsuai GPS Lokatoo A903 anda kepada interface dan tambahan software yang lebih canggih, anda boleh layari laman web brother cermin_mata di sini.

12 comments:

  1. camne nak off gps nie klo dah pkai software nie...

    ReplyDelete
  2. tq akhir nya sy berjaya jugak install papago x3 utk lokatoo bapa mertua sy

    ReplyDelete
  3. salam, sy zul.... sy nk install papago mcm kwn2 kt yg lain.... tp masalah nya sy xboley nk dwld software papago ni... kalu ada kawn2 yg blh send kat sy pn ok gk.... send kat nightdream_666@yahoo.com.my.... trima kasih ye smu2...

    ReplyDelete
  4. nanti saya cuba uploadkan ke host yang lain. sebab file dia agak besar untuk hantar melalui email.

    ReplyDelete
  5. Bro, boleh i dapat link untuk download itu software ? i nak update saya punya A903 juga. TQ

    ReplyDelete
  6. Hi, ini link ke file papago. dalam bentuk RAR. nanti extract dulu sebelum install.

    http://www.mediafire.com/?cz3bcv4ra39po6c

    ReplyDelete
  7. mekaseh...dh bosan ngan yg proton bg tu

    ReplyDelete
  8. Bro, ni ada skill baru untuk dikongsi,
    Proton Lokatoo bole dimuatkan dengan 5 jenis software GPS, Yang Pasti kene tukar MMC Card pada 4Gb atau lebih besar,

    Termasuk installation Game yang biasa.

    Kelebihannya bole Terus pada WINDOWS CE,
    Setting as like PC Setting.

    ReplyDelete
  9. Ingin Mengetahui lebih lanjut,

    Sila hubungi Saya di : abdulrasyidembi@gmail.com
    012-7575447

    ReplyDelete
  10. artikel yang membantu...terima kasih banyak2...

    ReplyDelete
  11. saya pun mau cubalah...TQ RnB

    ReplyDelete
  12. salam..
    tolong. die nk activation code.. cmne eh

    ReplyDelete